PENGALAMAN BERSALIN DI PUSAT PERUBATAN INTAN, KUALA TERENGGANU
"Daddy finger daddy finger where are you here I am here I am how do you do?"
Ceh. Tanya khabar guna lagu sekarang. Mana pi assalamualaikum? Eh tu dah ada. Haa tak jawab dosa. Hehe
Ok this time (setelah bersawang blog ni) abang nak kongsikan pengalaman bersalin di Pusat Perubatan Intan, Kuala Terengganu. Off course la bukan abang yang bersalin. Hihi. Isteri tercinta yang satu la bersalin anak kedua.
Initially, wife abang tukar fikiran tak nak bersalin di private sebab dia takut tapi abang yakinkan dia untuk cuba bersalin di private. Abang tak anti langsung hospital kerajaan mahupun doktor doktor perubatan kerajaan tapi abang nak cuba perkhidmatan di hospital swasta pulak. It's a matter of choice.
11 April 2017.
The day Muhammad Aniq Adhwa was born.
To cut the story short and simple, pagi tu abang decide nak rujuk wife di Intan sebab wife mengadu perut mengeras banyak kali dan interval quite dekat even tak rasa sakit contraction. Mengeras sahaja.
So we went to Intan. Masa registration nurse tanya:
"Datang untuk apa? Regular check up ke?"
We all jawab nak check jalan sebab perut dah mengeras banyak kali. So dia mintak buku merah jangan lupa bawak untuk doc semak.
We all tunggu sekejap then dia panggil masuk labour room. Masuk labour room terus sebab nak check jalan. Tup tup dah 4cm tanpa rasa sakit contraction.
Hence, the doctor's order was admission la. Kena admit sebab dah 4cm.
PENDAFTARAN/ADMISSION/BILIK
For admission, nurse cakap kena bayar deposit RM1,000.00. Deposit ni kena bayar kalau anda bayar bil sendiri. Intan ni klinik panel company abang so I don't have to pay a single cent la. Just forward GL to them. So kalau Intan ni panel company korang should be no problem.
Ok dah admit. Nurse tempatkan dalam bilik Mawar. Single room with attached bathroom. Tak besar sangat tapi still ada space. Not bad. Lagipun bukan nak duduk lama. So I don't mind at all about the space of the room. Janji bilik air bersih. There are sofa and tv too.
Bilik Mawar
LAYANAN NURSE
Upon check up tadi nurse pun bagitahu the next check jalan is another 4 hours. So 4 jam seterusnya check sekali lagi jalan.
Fyi, layanan dan pertuturan nurse sangatlah lembut. Cakap slow je tapi jelas. Siap explain lagi dengan baik. Tak buat muka langsung.
In between masa untuk check tu ada jugak lah nurse datang untuk check ctg, ecg & etc etc. Still depa sangat berhati hati dan lembut.
MAKANAN
Pasal makanan dalam wad pulak abang boleh puji sebab makanan yang dihidangkan untuk wife nak bersalin adalah makanan pantang. Ikan panggang, sup sayur sawi, sup ayam, sayur campur. To top it off makanan dia semua sedap ok. Berperisa. Tak tawar. Kalau petang dia biasa bagi biskut cicah air milo or teh o. Kalau pagi bagi sandwich bread dengan strawberry jam. Sedap belaka. So thumbs up!
Sorry tak ingat nak snap gambar makanan haha
PROSES BERSALIN
So here comes the time to explode hahaha. Alkisahnya wife abang masuk jugak ubat satu kali sebab bukaan tu lambat sangat. So lepas masuk ubat tak lama pun dari 6cm terus ke 9cm. So off we went to labour room.
Suami sah sah dibenarkan masuk ke labour untuk teman dan bagi semangat which I did. Semasa nak bersalin tu doktor dan nurse sama sama berselawat dan doa untuk bersalin dengan mudah. Sambil buat kerja sambil selawat. Alhamdulillah bagusnya.
Dari segi sorakan dan dorongan nurse pun sangat bagus. Depa akan bagi semangat pada ibu nak bersalin. "Lagi lagi,, haa bagus, sikit je lagi" - sort of la hehe
SELEPAS BERSALIN
Ok lepas dah bersalin nurse suruh suami masuk dulu dalam bilik. Nurse cakap nanti dia akan hantar baby ke bilik untuk suami azan dan iqamatkan. Meanwhile nurse lain akan teruskan dengan kerja post natal la.
So abang masuk bilik. Tak lama kemudian baby masuk (tak mandi lagi). Dengan "fresh from oven" abang azan dan iqamatkan Muhammad Aniq Adhwa bin Ahmad Maududi. Mak abang dan ammara pun ada masa tu.
Lepas dah siap nurse ambik balik baby abang. Nurse bagitahu nak mandikan baby. Nurse TAK mintak satu apa pun. Not even pampers. Baju atau bedung apatah lagi.
Then wife abang siap dah. Tak lama lepas tu baby pun siap mandi masuk jugak dalam bilik. Tak lama lepas tu dia terus hantar makanan untuk ibu bersalin makan beserta kurma dan air zam zam untuk belah mulut baby. Wah, we were so impressed! Bagusnya!
Nurse tanya nak menyusu penuh ke atau campur? Abang dan wife cakap nak menyusu penuh. Nurse cakap kalau nak menyusu penuh dia akan letak baby dengan ibu dalam bilik. Kalau tak dia akan letak dalam nursing room. Ibu kalau nak menyusu boleh pergi je nursing room tu. Nursing room tu sentiasa berkunci! So security diutamakan.
CHECK OUT
Malam tu nurse bagitahu kalau baby ok esok dah boleh discharge. Lepas bersalin tu baby terus kencing dan berak. Cuma ada kuning sikit tapi tak tinggi lagi. Esoknya doc allow discharge. Then we were given the bill. How much?
KOS BERSALIN
The bill was RM2,610.00!! Here is the breakdown:-
1. Konsultasi doktor 2kali RM200
2. CTG RM150
3. CTG Kedua RM50
4. Kelahiran (delivery) RM750
5. Jahitan 2nd tear RM250
6. IV Drips RM150
7. Penjagaan bayi RM150
8. Imunisasi Hepatitis B RM80
9. Pemeriksaan G6pd RM100
10. Penginapan semalam RM150
11. Makmal Blood GP RM50
12. Makmal Ufeme RM30
13. Lunch RM15
14. Minum petang RM10
15. Dinner RM15
16. Breakfast RM10
17. Ubat dan suntikan RM450
Nasib baiklah company abang bayar hahaha. Tapi abang ada survey dengan kawan jugak kalau nak ikutkan ada yang dapat lagi murah which is below RM2K. Tapi 2-3 tahun lepas. Tapi abang rasa kalau guna GL memang klinik biasa akan caj mahal sebab dia tau company mampu bayar banyak. Abang still rasa kalau korang bayar sendiri maybe boleh dapat dalam RM2K kot. Teka je la ni hehe.
UBAT-UBATAN
Doc prescribe banyak jugak ubat. Lagi banyak dari masa wife abang bersalinkan ammara di hsnz. Ye lah logik dia bagi banyak so dia dapat untung haha. Ok ini yang Intan bagi:-
Prescribed by Intan
Selain dari ubat ubat diatas, wife abang turut consume supplements berpantang shaklee. Supplements pantang shaklee ada 6 items iaitu:-
1. Energizing Soy Protein Powder (ESP) - sembuhkan luka, pekatkan susu ibu, cantikkan kulit
2. Sustained Release Vita C Plus - sembuhkan luka bersalin, cantikkan kulit, kuatkan imun badan
3. Vitalea - tambah darah ibu yang hilang akibat bersalin, multivitamin
4. Ostematrix - kuatkan tulang dan gigi ibu, tambah kalsium dalam badan ibu
5. Alfalfa Complex - detoks badan, tambah susu ibu
6. Omegaguard - dha dan epa bagus untuk bayi, bantu bakar lemak post bersalin
Bonus: Lecithin - bantu bakar lemak post natal, lancarkan aliran susu dari tersumbat
Postnatal Set by Shaklee. Abang ni Shaklee Independent Distributor tau. So if you all nak order whatsapp je +6012-9646820. Free consultation. Boleh usha fb abang Ahmad Maududi Mahdi.
Wow.
Panjang pulak post ni. Semoga bermanfaat untuk sesiapa jua. Tak kisahla yang tengah cari tempat nak bersalin ke yang akan datang ke yang baru mengandung ke yang baru merancang nak mengandung ke hehe.
Till next time. Wassalam.
Assalam.glad to heard wife dah selamat bersalin.Saye pun first experience bersalin kt Intan.tahun 2014 the cost was rm1.8k ++.Bile bace entry ni terkejut cost dah cecah 2.6k and bace balik sebab panel.hehe.sebab haritu Ade pergi sane diworang cakap cost still 2k mcm tu.InshaAllah awal tahun if xde aral melintang nk bersalin kt Intan lagi.memang terbaik service nye.hee
ReplyDeleteBoleh taw dr lelaki ke perempuan
Delete