DAFTAR ANAK DI TADIKA ST. THERESA, KUALA TERENGGANU
Tadika St. Theresa, Kuala Terengganu
Korang
ada anak yang dah nak masuk tadika atau “pre-school” belum? Kalau ada dah
daftar anak masuk tadika untuk tahun 2019?
Saya
sudah!
Anak
dara seorang ni lagi 3 minggu je nak sekolah. Sayu pulak rasanya sebab dah
besar rupanya anak saya haha!
Kau jangan poyo macam ni nak bila masuk tadika. Nanti orang tak nak kawan dengan kau nak!
Nak
sekolah tahun 2019 bukan hari ini baru daftar ye! Kalau amalan ini korang pakai
alamatnya home-schooling je lah anak korang hihi.
Untuk
tadika lain saya tak pasti tapi bagi Tadika St. Theresa, Kuala Terengganu
pendaftaran telah dibuka pada 1 Julai 2018 yang lepas. Tarikh tutup bergantung
kepada dah penuh belum slot tahun 2019 tu. Saya betul-betul bersemangat so saya
terus pergi pada 1 Julai tersebut.
Yuran pendaftaran, sejumlah RM351.20 dikenakan bagi setahun. Jumlah ini
merangkumi:-
A. Pendaftaran
B. Buku-buku dan peralatan
C. Insurans
Yuran
bulanan berapa bang?
RM120.00
sahaja sebulan ok! Saya rasa yuran ini antara yang termurah kalau nak
dibandingkan dengan Brainybunch, Genius Aulad, Little Caliph dan lain-lain.
Uniform
sekolah tak beli ke?
Masa
pendaftaran tak perlu beli lagi. Headmaster tadika akan bagi korang satu kertas
panduan yang mana dinyatakan uniform sekolah boleh mula dibeli akhir tahun. Off
course la bayar asing untuk baju sekolah ni.
Ada sebab kenapa saya pilih Tadika St. Theresa. Nak tau? Tunggu post yang akan datang ye! Korang hantar anak ke tadika mana?
Comments
Post a Comment