WEEKEND GETAWAY: CORUS HOTEL KUALA LUMPUR, WHIMSICAL CHRISTMAS SURIA KLCC & DREAM CHRISTMAS PAVILION KL


Trip yang tidak dijangka di penghujung tahun ini.

Sememangnya tiada dalam plan saya untuk bawa keluarga melewati bandaraya Kuala Lumpur sambil melihat dekorasi Christmas tahun ini.

Tapi siapalah saya kerana DIA lebih mengetahui. Hajat hanya mahu ke Kuantan tapi diberi peluang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Kami bertolak ke KL pada 6 Disember 2018, hari Khamis. Lebih kurang jam 10pagi selepas selesai breakfast roti canai di Naj D’Leaf Restaurant (kari ikan restoran ini memang terbaik di Kuala Terengganu).

Sampai di KL lebih kurang menghampiri jam 5 petang. Terus kami ke hotel untuk check ini. Kebiasaannya kami check in di Shah Alam tapi sebab ada urusan kerja saya book hotel di Corus Hotel, Kuala Lumpur.

View bilik kami Bilik No. 228, Level 2, Corus Hotel KL

This hotel is located right in the middle of KL city centre. Next to Avenue K and TapakUrbanStreetDining, opposite to KLCC towers. Pendek kata memang strategic A++ hotel ni punya lokasi. Just walking distance to malls and public transport i.e LRT.

Christmas tree at Corus Hotel KL

Saya booked bilik Paradise Cabana Deluxe King through Agoda. Lebih kurang RM275 bersih semalam. Kalau ikutkan mahal lagi around RM330 tapi Agoda ada buat sale so dapatlah diskaun banyak!





Once we checked into our room, we were so surprised to see how nice the room was. Quite spacious. Katil king size. Ada bathtub (Ammara  & Adhwa sah-sah excited). Ada sofa bed lagi! The most interesting was bilik tu connected to the pool outside. Bilik ni dan swimming pool di Level 2. So saya just buka sliding door dan terus boleh keluar ke pool outside. View bilik no. 228 ni view KLCC!

Outside balcony connected to the pool at Level 2

Breakfast spread di hotel ni quite ok la. Ada variety dia. Kesedapan makanan tu not bad. Acceptable. Nak kata sedap sangat tak jugak pasal wife masak lagi sedap hahaha! Fasiliti lain hotel ni ada parking sendiri di basement tapi quite limited pasal basement dia 1 level je. Tapi 2 malam saya duduk sini tak pernah tak dapat parking.

Ammara dengan Harry Potter glasses dan wand pen! Kami beli di Typo. Sempena Christmas ni Typo bawakan merchandise Harry Potter! Suka gila ammara! She's a big fan of Harry Potter!

After checked in, kami makan dan solat dulu sebelum keluar lepas maghrib. Kami makan bekal yang kami bawak je. Wife masak sendiri! Macam orang tua kan? Jalan jauh bawak bekal! Haha. Apa kami kisah yang penting lagi sedap dari makanan kat kedai hihi.

That means he approves mommy's cook lol

1st saya bawak family ke Suria KLCC!

Dekat giler weh! Jalan kaki 5 minit je kot! Masuk Avenue K then tembus ikut Stesen LRT Suria KLCC! Jimat minyak kereta, jimat duit parking kereta! Sebab kami ke KLCC nak tengok tema sambutan Christmas tahun ini.

Tahun 2018 ini Suria KLCC buat tema Whimsical Christmas: The Nutcrackers.

The Nutcrackers!

Anak-anak excited gila! Ada patung the nutcrackers tu, beautiful giant Christmas tree, ada longgokan hadiah dan booth yang dihiasi dengan tema Christmas. Kalau nak tahu pokok Christmas paling besar di Malaysia ni ada di Suria KLCC. Dia letak dekat luar, opposite water fountain atau tasik KLCC. Sadly, we didn’t get the chance to be photographed with the giant tree because it was pouring rain that night!




FYI, Suria KLCC dia ada buat few events sempena dengan sambutan Christmas ini. Contohnya Christmas carole, ballet, santa meet and greet tapi ada certain times dia. Further info boleh check di website Suria KLCC.

Selain dari Suria KLCC, Pavilion KL juga memang terkenal dengan dekorasi sambutan Christmas. We went there on our last day of trip. Kami pergi pasal ada satu section dekorasi tu dibuat sempena karakter Disney, Frozen. Ammara suka sangat dengan Frozen sampai hafal lagu dia ok so rugi pulak rasa kalau tak pergi.


Ammara sekarang tengah kemaruk lagu Let It Go!

Macam mana kami pergi Pavilion KL dari hotel kami?

Dream Christmas @ Pavilion KL

JALAN KAKI la jawapannya. Sama je jalan macam ke Suria KLCC cumanya bila dah sampai Suria KLCC terus proceed ke KLCC (Convention Centre) sehingga sampai Aquaria KLCC then ambil pedestrian bridge sehingga ke Pavilion KL. Pedestrian bridge ni berbumbung dan ber “air-cond” ok! Jalan kaki lebih kurang 10-15 minit.

Halfway there Ammara penat jugak la. We stopped for a while for her to rest and sip on mineral water then continued our journey. Adhwa tak penat pasal adhwa tidur dalam stroller. Ammara ada stroller tapi tak bawak pasal dia nak jalan sendiri. Such a brave grown up girl!

Sampai je Pavilion KL terus teruja Ammara tengok décor Dream Christmas. Tema Pavilion KL kali ini dia collaborate dengan Disney sebab tu ada karakter Disney yang paling banyak Mickey Mouse. Frozen ni sikit je dan décor Frozen di bahagian luar.

Different kinds of Mickey!



Touristy pose kononnya hahaha

Kami sempat la melepak dekat tangga famous Pavilion KL ni! Penat jugaklah berjalan tadi kan hahaha! Kami ok lagila tapi kesian dekat Ammara. Stayed there for few minutes then turun tengok décor then pusing-pusing mall yang mana hanya mampu kami lihat dan tidak mampu untuk kami beli!

Penat jalan so kami rehat dulu dekat tangga haha

Kalau pergi mall, mana-mana mall, kami wajib pergi grocery store! Setiap mall barang di grocery store dia tak semua sama so kami suka check out barang-barang yang kami tak boleh jumpa di kampung kami!

Sempat juga kami cuba Snowflakes! Biasa tengok dekat IG artis ni selalu sangat dia makan ice shave Snowflakes ni. We tried Mango Supreme! Sedap sangat. Tak muak sebab rasa dia tak terlalu manis. Just nice. Manis buah je lebih. Mangga dia memang terbaik la!

No phone please ammara!

Overall, this trip was fun! Seronok tengok anak-anak seronok. Seronok tengok mereka kenal dan belajar tentang sambutan Christmas di Malaysia.

As parents, saya nak anak-anak saya menerima dan menghormati budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Saya nak mereka menerima kaum-kaum lain yang beragama bukan islam. Saya nak mereka berkawan dan berharmoni dengan kaum-kaum lain.

Merry Christmas and Happy New Year to those celebrating!

Pepatah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebung. Masa anak-anak kecil lah sesuai untuk saya terapkan nilai sesebuah persahabatan antara sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama.

Comments

Popular Posts