MEETING WITH THE INSTAFAMOUS, YATIE KITCHEN


Macam mana saya boleh terjebak jumpa dengan Yatie Kitchen ni?

Ni masa kami jumpa Oktober, 2018 (2nd time jumpa)

Sebelum tu korang kenal ke siapa Yatie Kitchen ni? Any idea who she is? Kalau korang suka masak dan suka makan korang akan kenal! Dia ni bukan calang orang. Bab masak terer weh. Sekali masak 4 - 5 jenis lauk!

Saya kenal melalui isteri saya.

Isteri saya ni suka sangat masak dan dia boleh saya katakan cerewet bab makan luar. Ada je tak kena dengan selera dia. Bukan berlagak tapi sebab memang kat luar tu kadang entah apa-apa masak. Tak sedap. Plus dia masak lagi sedap so sebab itu dia tak berapa gemar makanan luar. Haha. Kalau boleh hari hari dia nak masak tapi apakan daya certain times memang tak sempat sebab kerja kan.

Berbalik kepada kak Yatie ni, wife saya selalu la tengok IG live kak Yatie ni. Dulu, masa kak Yatie belum sibuk, belum jadi duta Adabi, dia selalu la buat live masak. Dari situlah wife saya kenal kak Yatie ni. Satu hari tu dia tergerak hati nak komen di IG live (ke IG post? – dah lupa!) dan kak Yatie balas komen dia tu! Apa lagi seronok bukan palang lah dia!

Wife saya pun bagitahu yang kak Yatie balas komen dia, saya pun terus sambung komen di post kak Yatie tu. Dari situlah kami mula bertegur sapa (melalui IG live, IG post).

Then, kak Yatie ada buat satu contest tau. Dia suruh teka atau bagi caption pada gambar yang dia letak di IG post. Masa tu kak Yatie tengah sibuk workout, pegi GYM. So saya pun komen la. Try luck orang kata. Sekali saya TOP 3! Hahaha! Hadiah dia boleh claim siput sedut masak lemak dengan kak Yatie!

Bulan april yang lepas kebetulan saya dan keluarga ke KL. Apa lagi kami pun pergilah claim siput sedut masak lemak kak Yatie tu! Haha. That was the 1st time kami jumpa. Jumpa di Gleneagles, Kuala Lumpur. Siput sedut tak ada so kak Yatie gantikan dengan daging salai masak lomak cili api DAN nasi lemak ayam goreng!

Memang sedap giler ok! Kuah masak lemak tu pekat giler!

The 2nd time kami jumpa kak Yatie was in last October.

Kami memang niat nak jumpa sebab kami nak bagi hadiah sikit sebab masa bulan April tu kami tak sempat nak kasi apa-apa buah tangan. Segan pulak bila kak Yatie bagi kami masakan dia kami tak bagi apa-apa.  Walaupun saya menang contest tu but being a person saya rasa tak best.

So kami jumpa kak Yatie sekali lagi early October. Kami bagi keropok keping, keropok lekor, keropok sira, serunding, dodol dan lain-lain yang mana semuanya Terengganu delicacies! Pada masa sama kami sempat beli buku masakan kak Yatie keluaran MHK! Being kak Yatie, lepas kami bagi buah tangan tu dia dah mula tak sedap hati. Tak sedap hati pasal dia “tangan kosong”.

Dia pergi dekat desk dia dan ambil bekal kueytiaw goreng yang dia masak bagi dekat kami! Kami cakap tak payah dia nak jugak bagi! Dia cakap rumah dia dekat je boleh balik ambik kueytiaw lain! Haha.

Kueytiaw goreng dan buku masakan kak Yatie

Bukan itu sahaja dia kemudian pergi beli colouring books untuk ammara dan adhwa dan lepas tu belanja pulak coffee, pastries dekat Starbucks! Kami pulak naik segan!

Honestly kak Yatie ni memang a kind person la. Buku masakan dia tu dia tak ambil satu sen pun untung sebab bagi dia ilmu bukan untuk dijual tetapi dikongsi! Hari hari dia ajar masak through IG sampai ada orang ambil resepi dia buat jualan dia tak kisah!

Semoga perkenalan dan persahabatan kami dengan kak Yatie ni berpanjangan sampai bila-bila dan semoga kak Yatie dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat oleh ALLAH SWT. Amin.

1st time jumpa dah terus click!

Tak susah pun nak buat baik dengan orang kan? 

Comments

Popular Posts