MEMILIH ANTARA TADIKA SATU BANGSA ATAU MULTI-RACIAL
Anak sulung saya sekarang berumur 3 tahun 7 bulan. Masuk tahun 2019 dia akan berumur 4 tahun (secara tak rasmi). Secara rasminya akan genap 4 tahun pada 25 Mei 2018.
Saya
dan isteri memang dah plan nak enrol dia ke tadika atau “pre-school” apabila
dia masuk 4 tahun / tahun ke-empat.
Pemilihan
pre-school pada saya sangat mudah. Mudah bukan bermaksud saya ambil lewa
tentang pre-school dia. Tapi mudah bagi saya sebab saya dah ada pilihan yang
saya nak.
Orang
lelaki ni senang. Dia kalau dah set atau target nak yang tu, dia akan go
straight to the point. Macam shopping, dia dah tau nak beli apa. Masuk je mall
cari barang dia nak then balik.
Awal-awal
lagi saya dah set dalam fikiran saya:
“Anak
saya kena masuk ke pre-school multi-racial.”
WHY?
Kerana
saya tidak pernah mempunyai pengalaman bergaul dengan kaum bukan melayu
sehinggalah saya belajar di Universiti dan kerja di Kuala Lumpur. Dan
saya rasa tersangatlah rugi sebab tidak bergaul dengan pelbagai kaum bermula
dari umur yang muda/kecil.
Kuala
Terengganu ni majoriti populasinya adalah melayu. Dulu saya pre-school di KEMAS
yang mana semua melayu. Lepas tu masuk Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah
Menengah Kebangsaan yang mana masih semuanya melayu. Saya tidak terdedah dengan
budaya dan adat kaum bukan melayu. Apabila saya melangkah masuk ke Universiti
dan alam pekerjaan, saya rasa kekok sebab tak biasa. Lama sikit baru saya boleh
biasakan diri.
Di
Kuala Terengganu ni hanya ada dua pre-school multi-racial iaitu Tadika St.
Theresa dan Tadika Grammar. Setelah saya teliti dan melalui pemerhatian saya
terhadap anak kawan-kawan saya yang menghantar anak-anaknya ke St. Theresa saya
jadi lebih selesa dan yakin untuk buat pilihan yang sama.
Saya
tak nak anak-anak saya jadi macam saya yang tak diberi kesempatan untuk merasai
sendiri suasana, pergaulan, pemikiran dan perkongsian masyarakat majmuk di
Malaysia. Pendedahan awal bagi saya lebih baik sebab bila mereka masih kecil,
keikhlasan mereka berkawan adalah tulus dan tidak dikotori dengan anasir-anasir
atau propaganda-propaganda politik mahupun perkauman.
Korang ambil kira tak pasal bangsa ni?
Korang cari tadika yang murah atau mahal?
Korang dah set dari awal ke nak anak masuk tadika mana?
Korang stress tak anak orang lain masuk tadika "mahal" atau "up" atau "trending"?
Jomlah kongsikan pendapat dan pengalaman korang. Saya ada seorang lagi anak ni yang akan masuk tadika lagi 2 tahun. Kot-kotlah boleh dapat pandangan dan pengalaman dari korang.
Sorry to ask, mind sharing macam mana perkembangan anak yang hantar ke St Theresa?
ReplyDelete