Apa faedah berada di sisi isteri ketika beliau bersalin?
Assalam.
Siapa pernah ada pengalaman menemani isteri ketika bersalin?
Apa yang korang semua iaitu para suami rasa sebelum, semasa dan selepas proses bersalin?
Ada niat nak main kayu tiga ke tak?
Ok, meh sini aku nak share apa yang aku rasa sebelum, semasa dan selepas proses bersalin isteri aku.
Sebelum kejadian
Start aje minggu ke 30 aku dah rasa resah gelisah. Resah gelisah tak sabar nak tunggu isteri aku bersalin. Rasa macam lama sangat dah isteri aku bersalin. Tak sabar nak tengok muka baby sendiri. Maklumla baby sulung. Nak pulak baby girl yang mana kita semua tahu most baby girls ikut muka ayah dia. Tiap-tiap hari aku bercakap dengan Ammara bila baby nak keluar ni. Selalu pujuk suruh dia jangan keluar lambat sangat. Kebanyakan orang kata baby biasa keluar 2 minggu awal which is 37th to 38th week. Jenuh aku tunggu tak keluar-keluar jugak minggu tu.
Dalam masa aku duk resah gelisah tunggu baby nak keluar tu sebenarnya aku ada rasa takut. Takut bila memikirkan macam mana isteri aku nanti nak hadapi momen bersalin tu. Bersalin bukan perkara biasa. Antara hidup dan mati. Lagi aku takut bila isteri aku selalu tanya: "Sayang...boleh ke saya hadapi bersalin ni? Takut laaa." Korang rasa aku nak jawab apa? Mestilah aku jawab: "In Sha Allah...mesti boleh punya. You can do it. Everything will be fine." Tiap kali persoalan yang sama ditanya tiap kali tu jugak la aku jawab benda yang sama. Padahal dalam hati dan fikiran aku tetap rasa resah sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Bila dah tiba masa isteri aku rasa sakit nak bersalin pagi 25/5/2015 lagilah rasa nervous. "What if" kadang-kadang menjengah dalam benak fikiran. Yang aku mampu hanyalah bersikap optimis, doa dan tawakal.
Semasa kejadian
Tiba masa misi panggil aku untuk masuk labour room. Resah gelisah dah jadi double and triple punya. Masuk labour pakai baju dia. Sampai je kat bilik nampak isteri. Muka duk berkerut-kerut tahan sakit. Terus pergi dan capai tangan dia. Rasa happy bukan main kepalang lagi. Happy sebab dapat teman dia untuk dia bertarung nyawa. Happy sebab dapat pegang tangan dia. Happy sebab dapat cium ubun-ubun, tangan, dahi dan pipi dia. Happy sebab dapat tenangkan dia. Happy sebab dapat ingatkan dia untuk baca doa bila mana sakit contraction datang menyerang. Ye memang aku nervous tapi aku pun happy sebab dapat peluang teman dia masa labour.
Setiap kali contraction datang memang kuat dia genggam tangan aku. Kadang mulut dia berbunyi: "Sayang...sakit sayang..". Kesian aku tengok. Sedih pun ada. Aku hanya mampu tenangkan dia dan baca doa untuk dia. Doa banyak-banyak supaya rasa sakit di ringankan. Sebelum tiba masa untuk teran, misi panggil aku. Dia suruh aku tengok rambut Ammara. Boleh nampak dari luar. Aku hanya mampu berucap: "Subahanallah". Itu je yang aku mampu. Tiba je saat untuk melahirkan Ammara memang aku mampu katakan bahawa perempuan memang kuat. Segala keluhan isteri aku masih aku ingat sampai sekarang. Bagai bermain rakaman dalam fikiran aku ni sekarang. Momen yang tak dapat aku describe. Sangat luar biasa.
Selepas kejadian
Bila mana keluar je kepala baby aku dah rasa lega yang amat. Orang cakap nak keluar kepala yang seksa tu. Sekali keluar dah takde hal. Lepas tu keluar la Ammara sepenuhnya dari perut isteri aku. Miracle. Baby sebesar 3.3kg boleh keluar dari perut seorang perempuan. Sebak dan gembira bila tengok baby sendiri. Lagi sebak bila tengok isteri sendiri. Tak putus-putus aku congrats isteri aku dan ucap terima kasih. I said: "Good job sayang..." Cium tangan, dahi dan pipi dia. Tak kisah dah mata sister, jururawat pelatih yang bukan main ramai memandang kejadian dalam labour room tu. Yang penting my wife needs me. She needs my attention and affection.
Misi letak Ammara atas dada wife aku untuk mulakan bonding antara ibu dan anak dan untuk connect penyusuan anak. Terkebil-kebil Ammara tengok mommy and daddy dia. We were both fascinated by her. Kagum. Ni lah yang aku duk tertunggu-tunggu tu. Mulut aku tak henti-henti senyum tengok Ammara.
Jadi pengajaran kejadian bersalin semua ni membuatkan aku rasa lebih sayang dan lebih menghargai pengorbanan isteri aku. Ini lah faedahnya yang korang akan dapat bila teman dan tengok isteri bersalin. Mungkin ramai di luar sana yang akan cakap: "Alah biasalah bini baru bersalin...tengokla tak lama lagi" atau pun "alah anak sulung...anak 2, 3 nanti dah tak heran". Ya mungkin ada yang cakap macam tu dan aku berharap aku tak tergolong dalam suami-suami yang macam ni. Yang hanya rasa insaf bermusim.
Aku sebagai suami bukanlah sempurna. Ada masa memang ada ketika aku leka dalam menghargai isteri aku tapi yang pasti sayang tu tetap utuh. Lepas ni kena usaha lebih lagi sebagaimana isteri aku menghargai aku. Tapi cara suami dan isteri ambil berat ni lain-lain sebenarnya. Suami guna cara discreet. Dia tak tunjuk depan-depan. Betul ke idok? Hehe. Bab ni kena bincang dalam post yang lain la pulak. Sabor-sabor. Hehe.

"Sayanggg...tolong ambil pamperssssss" Ni lah rutin harian sekarang dan aku bersyukur kepadamu Ya Allah.
Comments
Post a Comment