BERAPA KOS VAKSIN PNEUMOCOCCAL ?

Assalamualaikum,

Ini adalah perkongsian abang berkenaan dengan vaksin pneumococcal (Pneumococcal Vaccine). Berdasarkan post abang sebelum ni iaitu tahun lepas hahaha, semua mungkin dah tahu abang ada anak nama ammara. Kalau masa 1st post, beliau baru lahir sekarang dah berumur 1 tahun 6 bulan! Punyalah lama blog ni bersawang kan! Hihi

Ok let's get to the point. Pada akhir November lepas anak abang warded pasal kena jangkitan paru paru. Abang admit anak di Kuala Terengganu Specialist (KTS) sebab nak pakar yang rawat. Periksa punya periksa dapat pneumonia. Seminggu jugaklah duduk di ward. So lepas dah beransur pulih, doc pakar iaitu Dato' Dr. Jimmy cadang pengambilan vaksin tambahan iaitu PNEUMOCOCCAL VACCINE.



Ini je gambar curi terbaik abang dapat ambil. Doc ni serius tapi kelakar pun ada. Sangat particular!

Abang tak ada masalah atau isu pun pasal vaksin tambahan ni. Macam setengah orang dia very particular konon tak nak anak ambil vaksin (lepas tu menyusahkan orang...opps terlaser pulak hahaha). So abang setuju. Doc set appointment jumaat lepas, 30 Disember 2016.



Masih membuas sebab belum kena cucuk hihi. Semua benda nak main!

Korang tau tak vaksin ni untuk apa? Melalui sharing doc tersebut & bacaan tambahan abang, vaksin ni nak mencegah jangkitan bakteria Streptococcus. Jangkitan bakteria ni sangat bahaya pada kanak-kanak bawah 5 tahun tau. Paling teruk boleh bawa maut! Brain damage pun boleh! Bahaya kan! Korang nak baca lebih boleh klik sini: Pneumococcal Vaccine: What You Need To Know .

Abang nak terang panjang panjang abang bukan doktor. Setakat info satu dua tu bolehlah. Yang lain korang baca sendiri ye. Jangan malas! Buat anak tak malas pulak! Hahaha



Rupanya vaksin tu. Mengikut doc bacaan nombor 13 tu tahap kekuatan vaksin tu. Kalau 10 lagi rendah dan lagi murah.

Ok kan abang pergi ambil vaksin di KTS kan? Korang nak tahu tak apa prosedur, berapa kos? Ini khusus untuk siapa yang tinggal di Kuala Terengganu. Abang tak pasti hospital lain di KT ada tak vaksin ni. Rasanya ada je. Cuma harga & prosedur mungkin tak sama la.

PROSEDUR:

1. Daftarkan anak anda di kaunter pendaftaran (duhh ini pun kena ajar ke haha)

2. Lepas pendaftaran selesai, tunggu je la doc panggil! Hahaha



Menunggu saat untuk dicucuk. Ketakutan mukanya hahaha

Masa nak cucuk tu doc akan ajar bapak/mak pegang anak tak nak bagi anak nampak doc nak cucuk. Doc Jimmy cakap kalau dia nampak dia lagi takut. Kalau di KTS ni nurse akan main main bagi sticker kartun dulu pada anak. Munasabahnya nak bagi anak tu hilang resah lah.

Alah cucuknya tak sampai 10 saat! Sekejap je korang. Ammara meraung la sekejap hihi lepas tu dah ok! Dah gelak gelak main main balik...

BERAPA RINGGIT VAKSIN NI?

Haaa part ni mesti semua nak tahu kan? Ye lah semua tahu vaksin tambahan ni mahal. Doc Jimmy tu berkali kali dia tanya abang majikan you cover tak kos ambil vaksin ni?! Hahaha banyak kali ok dia tanya. Dia risau abang tak de duit nak bayar la tu kot!

Kos vaksin pneumococcal di KTS adalah RM350.70! Ini breakdownnya:-

1. Pendaftaran                                        RM2.00
2. Prosedur                                             RM11.00
3. Alatan perubatan pakai buang       RM5.05
4. Vaksin pneumococcal                      RM252.55
5. Consultation fee Dato Dr. Jimmy  RM80.00
6. GST                                                      RM0.12

Haa ambik kau. Mana nak cekau banyak tuh! Nasib baik majikan bayar! Kalau duit gaji habis ada duit bisnes lain ke takpelah kan..hehehe. Kalau di KL sure lagi mahal kos nak nak yang dekat Prince Court tu! Orang kaya je weh pi situ! Betul dak?

Yang ni baru dose pertama tau. 2nd dose menyusul bulan Februari 2017! Sedia duit lagi la majikan abang hahahaha!



Muka macam tak sedia lagi nak kena cucuk ni. Lambat lagi sayang..bulan 2 kita jumpa doc balik ok hehe

Pada abang la kan, vaksin tambahan ni sangat penting. Ubat biasa tak mampu nak bagi kesan macam vaksin tambahan ni. Sebab tu ubat biasa murah vaksin ni mahal. Logik akal je la fikir kan! Macam supplement jugak la. Penambahbaikan kepada kesihatan. Usaha cara alternatif kata orang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Thanks for reading! Kalau korang ada pengalaman vaksin korang sendiri korang komen la yer. Boleh tukar tukar info dengan korang.



Ammara kata best kena cucuk hihi



Comments

  1. Start umur berapa ye boleh bagi vakain nie? Baby sy 8m dah boleh bagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Start newborn dah boleh bagi. So 8m dah boleh sgt bagi vaksin ni. Lagi cepat lagi bagus.

      Delete
  2. Anak sy umur 2 thn baru kena bln 9/2017. Asalnye drpd batuk yg berpanjangan dan dalam bunyinye. Cume diberi ubat batuk tp x baik2.1 mlm tu die semput, tidur x lena, nafas laju & dlm x mcm selalu. Trs kejut suami ajak p klinik wlupun asalnye dia xnak. Tp akhirnye tewas jgk dgn kerisauan isteri. Smpai klinik swasta doc trs suruh ke hosp. So kami ke kkb pagi2 buta dlm pkl 2 pagi dgn baby yg masih dlm pantang. Mmg kelam kabut, sedih, marah dgn diri sndiri sbb abaikan anak pun ade. 3 hari warded dijaga oleh papa n neneknye. Sy yg dlm pantang pun terpaksa drive ulang alik ke hosp. Skrg sentiasa berhati2. Baby baru disuntik smlm dgn hrge rm210 utk 13 bakteria. Rupenye doc silap harga. Hihi rezeki. Next si abg plk nk cucuk. Kena tggu sembuh batuk selsema dulu. Mahal sikit dlm rm280. Demi anak yg disayangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah. Ujian betul buat awak sekeluarga. Itulah kadang2 kita ambil lewa je. Selalu alpa. In sha Allah lepas ni kena selalu beringat.

      Delete
  3. Ank sy ambik vaksin ni di poliklinik meru,sel. Hrga rm270.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts